Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, May 27, 2013

Di sebalik tabir Spongebob Squarepants

Salah satu kartun English yang aku suka tengok ialah Spongebob Squarepants! Hahahaha...Kalau korang nak tau kartun ni berbeza daripada kartun-kartun yang lain. Jalan ceritanya, watak dan perwatakannya, settingnya, dan lain-lain semuanya mempunyai keunikan tersendiri yang membezakannya daripada kartun-kartun lain. Untuk pengetahuan, tema utama kartun ini ialah penceritaan kehidupan seharian watak utama iaitu Spongebob. Kalau nak diamati, watak Spongebob adalah satu watak yang paling unik. Walaupun dia diperbuat daripada span kuning, yang totally bukan hidupan laut, dia masih dapat hidup dan menyesuaikan diri di tempat yang bukan asal usulnya. Kalau la kita ditempatkan di tempat yang totally bukan asal-usul kita, dapatkah kita lakukan benda yang sama? Hermm, kena fikir dua kali nih...

Next, apa yang paling aku suka kat watak si span kuning yang comel ni ialah kesetiaan dia terhadap seorang sahabat, si tapak sulaiman merah jambu, Patrick. Walaupun kita nampak Patrick sangat bodoh, tapi kita tak pernah pun tengok scene Spongebob mengatakan sahabatnya itu bodoh walaupun dah tertunjuk terang dan nyata akan kebodohan Patrick tu? Spongebob sanggup melepaskan apa sahaja peluang untuk kebaikan dirinya semata-mata kerana peluang itu akan memisahkan dia dengan sahabatnya Patrick. Jika kita masukkan situasi ni dalam kehidupan realiti, mampukah kita berbuat seperti yang Spongebob buat untuk Patrick? Aku tak bermaksud la yang kita kena lepaskan cita-cita hanya kerana tak nak berpisah dengan kawan sekolah kita dulu. Hey! Come on la! Think out of box! Fikir yang tersirat. Sanggup ke kita berkorban apa sahaja untuk sahabat kita dan menerima dia seadanya? seperti Spongebob menerima Patrick yang tersangat-sangat jahil itu, dan sendainya ya, sejauh manakah kesanggupan kita itu, selama manakah ia akan bertahan? Renung-renungkanlah...

Segala yang ada kat Spongebob adalah semua yang boleh mengajar sesiapa sahaja yang menonton kartun ni, bagi yang tahu berfikir...perasan tak, yang Spongebob kerja kat kedai burger Crusty Crab tanpa risau pasal duit gaji? Bosnya, si ketam, Mr. Crab tu sangat kedekut. Super kedekut. Kadang-kadang dia bagi gaji kat Spongebob, kadang-kadang tak. Tapi Spongebob tak kisah pun gaji dia besar ke kecik ke, dia tetap bekerja dengan ikhlas. Maksudnya di sini, Spongebob melakukan kerjanya dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Ermm...jom contohi Spongebob? Hehehe...

Hobi Spongebob ialah menangkap obor-obor. Bila aku tengok scene dia tangkap obor-obor, teringat lak zaman kanak-kanak dulu. Cuba lihat kat diri kita sekarang ni. Dah dewasa, dah kerja, sekolah tinggi, tapi adakah kita hargai setiap saat kita bernafas di muka bumi ini? Adakah kita hargai sekecil-kecil benda yang ada di sekeliling kita? 

Itu baru sikit je yang aku petikkan untuk renungan korang yang ada lam watak Spongebob. Sebenarnya ada banyak lagi, belum lagi watak-watak yang lain. Kadang-kadang aku hairan la, kenapa orang cakap bila seseorang yang dah besar panjang macam aku ni tengok kartun Spongebob, diorang seakan-akan mengatakan aku ni Tak matang langsung. Memalukan! Dah besar panjang pun masih gak tengok kartun...aku selamba je. Biarlah ape diorang nak cakap sebab sebenarnya bukan diorang tak matang la, diorang matang, tapi it's just diorang tak fikir luar daripada kotak pemikiran. Bak kata Spongebob, imaginasi...hahaha...

So, jangan la sempitkan pemikiran korang. Kartun Spongebob Squarepants bukan kartun yang saja-saja nak suruh korang gelak-gelak macam kanak-kanak yang tak perasan pun yang watak utama tu, Spongebob adalah satu span kuning yang hidup di tempat yang tak sepatutnya dia hidup. So, lepas ni, on TV, tengok kartun Spongebob Squarepants. Tapi, sebelum show tu start, pastikan korang pun dah open kan mind korang luas-luas gak. Dan bila korang dah open, percayalah, korang akan nampak apa yang aku nampak. Bukan kartun Spongebob yang korang tengah tonton tu. Korang sebenarnya tengah menonton kehidupan yang korang sendiri yang sepatutnya korang jalani...^^
 

Text