Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, April 17, 2011

Definisi Pemanasan Global

Abstrak

            Dunia mengalami evolusi dari abad ke abad. Manusia tidak ketinggalan dalam mengalami pembaharuan serta evolusi yang berlaku di sekeliling, daripada cara pemakaian, cara hidup, cara pemikiran, dan sebagainya hingga kepada nilai moral.
Manakala, kawasan daratan yang menyeliputi bumi talah turut mengalami evolusi. Dari abad ke abad yang lain, kawasan daratan di bumi talah berpecah membentuk benua-benua kesan daripada evolusi tersebut. Namun, evolusi ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada global serta semua hidupan yang ada di muka bumi. Cara pemikiran manusia yang semakin berkembang memberi peluang kepada mereka berupaya untuk membuat pelbagai pembangunan dan pembaharuan ke atas bumi ini. Berbagai-bagai corak pemodenan telah dilakukan sehingga memberi kesan negatif kepada bumi yang telah didiami sejak berkurun-kurun tahun lamanya. Dengan terbinanya banyak kilang-kilang, bangunan-bangunan, petempatan dan sebagainya, tanpa disedari dunia telah menjadi mangsa. Bencana alam semakin kerap berlaku di mana-mana sahaja. Aktiviti manusia telah menyebabkan banyak gas karbon dioksida dilepaskan ke udara lalu menyebabkan dunia menjadi semakin panas. Bongkah-bongkah ais pun mula mencair, iklim dunia juga berubah kesan daripada pemanasan dunia ini atau lebih dekat lagi, pemanasan global. Walaubagaimanapun, fenomena yang berpunca daripada manusia ini masih boleh dikawal selagi manusia masih mempunyai nilai moral dan kesedaran dalam berusaha untuk menyelamatkan dunia yang tiada ganti ini.

Bab 1 Pendahuluan

1.1 Pengenalan

            Dalam era globalisasi, ramai antara kita yang terlalu asyik dengan nikmat dan keselesaan serta kemudahan di sekeliling kita. Hari demi hari terlalu banyak kemudahan telah dicipta oleh manusia semata-mata untuk menikmati keselesaan sendiri dan kesenangan hidup. Tanpa kita sedari, hakikatnya kita sedang dalam proses memusnahkan dunia kita sendiri. Hakikatnya dunia kita semakin hari semakin panas disebabkan oleh penggunaan bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti yang boleh merosakkan alam sekitar. Kita hanya melihat kepada keselesaan yang kita nikmati tanpa memahami dan menyedari penderitaan yang planet kita sedang alami.



1.2 Permasalahan

            Pemanasan global. Ramai antara kita hanya memandang remeh terhadap isu pemanasan global kerana berpendapat bahawa pemanasan global berlaku kerana semulajadi. Namun, pemikiran ini sebenarnya adalah mitos semata-mata. Hal ini demikian kerana para saintis seluruh dunia telah bersetuju bahawa pemanasan global sejak 50 tahun yang lalu adalah disebabkan oleh aktiviti manusia dan bukan semulajadi.[1] Gas karbon dioksida yang dilepaskan melalui kesan rumah hijau, pembakaran terbuka, dan sebagainya telah menjadi ’selimut’ besar yang membaluti bumi, memerangkapkan haba dan sinaran matahari, menyebabkan peningkatan suhu bumi dan akhirnya perubahan iklim pun berlaku. Buktinya, kawasan ais Artik Tundra di Greenland telah mula mencair sebanyak 15%.[2] Keadaan ini akan dijangka menjadi lebih teruk menjelang tahun 2080 apabila semua ais di kawasan tersebut akan lenyap sebaik sahaja musim panas tiba.[3]


[1]  Era Hijau, keluaran no.2, 2007, hlm 6
[2]  http://earthobservatory.nasa.gov/Newsroom/NewImages/images.php3?img_id=10856
[3]  Era Hijau, keluaran no.2, 2007, hlm 4




1.3 Definisi

            Pemanasan global boleh didefinisikan sebagai peningkatan suhu dunia. Kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain. Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10 000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya dua generasi sahaja.[1] Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan pemanasan global berlaku. Secara ringkasnya termasuklah penggunaan bahan-bahan yang mengandungi gas kloroflurokarbon (CFC), penggunaan pendingin hawa, peti ais dan sebagainya. Impak negatif yang akan timbul pula antaranya ialah pencairan ais di kawasan kutub, perubahan iklim, mengganggu keseimbangan biodiversiti dan sebagainya.


[1] http://smkpenghulusaad.wordpress.com/2009/06/04/isu-pemanasan-global






 

Text